Online Tahfiz Program (ONTOP) adalah sebuah Akademi Tahfiz Al-Quran yang dibangunkan oleh AKMAL sebagai sebuah program tahfiz online sepenuh masa, usaha ini dibuat bagi membantu sesiapa sahaja yang mempunyai impian dan cita-cita besar untuk menjadi Hafiz dan Hafizah 30 juzuk Al-Quran secara online tetapi berfokus dan berkualiti.
Dengan pengalaman dari krisis Pandemic tahun 2020. AKMAL telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang berjaya Hafiz 30 Juzuk Al-Quran. Walaupun pengajian yang dijalankan secara Online ini agak mencabar, tetapi dengan usaha yang tersusun, insha Allah cabaran dapat di hadapi dengan jayanya.
Kini Modul AKMAL ONTOP telah dicipta khas untuk membantu masyarakat umum yang ingin menjadi hafiz 30 juzuk Al-Quran secara Online tetapi berfokus.
AKMAL yakin dengan kaedah yang betul, serta pengalaman yang telah tercipta, akan mampu membimbing para Huffaz yang berminat tanpa mengira umur bagi menjadi para pembimbing atau MURABBI para pelajar menjayakan misi besar membangunkan Ummah generasi akan datang dengan Al-Quran insyAllah.