akademi tahfiz online

tahfiz online berfokus

Misi Memburu impian Hafiz Al-Quran SECARA ONLINE
bermodul setahun

Akademi Tahfiz Online Malaysia (OTOM) adalah sebuah Akademi Tahfiz yang diusahakan oleh AKMAL – (Akademi Al-Quran  Amalillah), usaha ini dibuat bagi membantu sesiapa sahaja yang mempunyai impian dan cita-cita besar untuk menjadi Hafiz dan Hafizah 30 juzuk Al-Quran secara online.

Pengalaman dari krisis Pandemic tahun 2020 hingga kini. AKMAL telah berjaya melahirkan ramai pelajar yang berjaya Hafiz 30 Juzuk Al-Quran. Walaupun pengajian Tahfiz secara Online ini agak mencabar, tetapi dengan pengalaman dan usaha yang tersusun, insyAllah cabaran dapat di hadapi dengan jayanya.

Hari ini, modul AKMAL ATOM terus mendapat sambutan masyarakat.

AKMAL yakin dengan kaedah yang betul, serta pengalaman yang telah tercipta, akan mampu membantu lebih ramai pelajar yang berminat tanpa mengira umur. Apa yang penting, para pelajar dan ibu bapa wajib sama-sama mempunyai kehendak yang tinggi, semangat yang konsisten, kesungguhan dan kesabaran yang luar biasa serta mampu memberikan komitmen yang berterusan untuk menjadi Al-Hafiz. 

Tahniah kepada pihak pengurusan AKMAL. walaupun anak-anak belajar secara online, mereka boleh mengekalkan momentum kerana pengurusan yang bersistematik.
Perjalanan kelas online sangat tersusun dengan adanya jadual Dan pemantauan secara berterusan .Motivasi setiap pagi dan challenge yang disediakan sangat membantu pelajar untuk terus bersemangat dan mencapai target hufaz setahun.
Syukur anak Saya dapat belajar di AKMAL.Semoga AKMAL terus maju kehadapan.
Hajah fauziah
Konsultan takaful
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah menemukan saya dengan AKMAL- (Akademi Al-Quran Amalillah) untuk anak saya Farizuddin Arif Al Hafiz dapat menimba ilmu dan menghafal Kalamullah iaitu Al Quranulkarim. Alhamdulillah anak saya berjaya menghafaz 30 juzuk Al Quran hanya dalam tempoh masa 10 bulan 28 hari, dengan didikan Murabbi Murabbiyah dan penetapan jadual harian di asrama di AKMAL. Alhamdulillah, berkat kesungguhan pengurusan AKMAL telah menjadualkan pengajian atau kelas secara atas talian seperti yang berlaku di AKMAL sebelum ini. Penglibatan ibubapa juga dalam memastikan anak anak mengikuti kelas dan perkara perkara lain seperti yang dijadualkan memerlukan komitmen yang tinggi dan jitu.
Badruldin Arip
Pegawai Khas Adun
Alhamdulilah kami sangat-sangat berpuas hati dgn sistem pembelajaran online Di AKMAL kerana, Platform yg digunakan sangat sesuai Dan membantu pelajar merasai seperti berada Di dalam kelas sebenar bersemuka dgn guru.

Sistem jadual kelas yang sangat bersistematik, Modul AKMAL yang berfokus, Bilangan pelajar bagi setiap kelas yg sangat-sangat relevan, sistem "report" harian juga sangat-sangat membantu ibubapa memantau tahap penguasaan anak-anak. kami sangat yakin, gabungan amanah pihak pengurusan AKMAL dan barisan murobbi yg terpilih sangat-sangat membantu kejayaan pembelajaran online huffaz ini berjalan dengan baik Dan terancang.

Alhamdulilah bersyukur, Allah pilih anak kami belajar dengan sistem dan modul AKMAL, walaupun cabaran hari ini terpaksa menggunakan pembelajaran secara online, kami tidak risau kerana fokus Dan target anak-anak sentiasa berada dalam track yang betul. bergelar Huffaz online Di AKMAL tidak mustahil
Nurhartina binti Abu Bakar
Guru biologi
Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana memberi peluang kepada anak-anak kami untuk menimba ilmu di AKMAL.

Strategi yang diatur oleh pihak AKMAL telah memberi kesan positif keatas anak-anak kerana mampu mengingkatkan motivasi dan semangat keatas mereka setiap hari. Secara keseluruhan kami 100% mempercayai dan setiasa menyokong murrabi dan murabbiah AKMAL. AKMAL telah membuktikan bahawa pengajian online yang dijalankan sangat tersusun dan bersistematik. Kami juga sentiasa mengingatkan anak-anak bahawa, walaupun pengajian online, tetapi anggaplah seperti meraka berada di AKMAL dan murabbi berada betul-betul dihadapan mereka.

Tahniah AKMAL. Semoga AKMAL dapat mencapai target dan misi untuk melahirkan 3000 orang Huffaz Al-Quran setahun. Insyallah.
Puan Atfina Arifah
Pekerja Swasta

“Jiwa besar, target yang jelas serta impian yang di ikuti dengan tindakan dan komitment yang luar biasa, dengan bimbingan system AKMAL, insyAllah mampu melahirkan seorang Al-Hafiz Al-Quran dengan Cemerlang.”

Modul Akademi AKMAL menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, kajian pelajar secara bersasar dan kaedah pengurusan psikologi bagi mencapai target dan Misi besar ini. Apa yang penting, minat dan keinginan untuk berjaya perlu tinggi. Insya Allah kami akan membantu anda untuk berjaya.
Ust saifullah
CEO AKMAL

Antara pelajar yang berjaya bergelar Legend Al-Hafiz :

Syarat kemasukan

Ranking Pahlawan Mujahid AKMAL

Para Huffaz akan melalui fasa Ranking yang telah ditetapkan dan wajib melalui ujian yang ketat bagi memastikan kualiti hafazan terus terpelihara. setiap ranking akan mendapat pengiktirafan dari pihak AKMAL.

TAHFIZ ONLINE AKMAL

Yuran Pengajian
Tahfiz Online AKMAL

Pilih program pengajian yang sesuai dengan keperluan, masa dan komitmen anak anda dalam perjalanan menghafaz Al-Quran.

👑 PREMIUM

PROGRAM SEPENUH MASA
Yuran Bulanan
RM1,200
sebulan
Yuran Pendaftaran
RM1,400
🎁 Diskaun RM200 bagi anak ke-2 dan seterusnya

Yuran Merangkumi:

  • Pentadbiran & pendaftaran pelajar
  • Pendaftaran akaun sistem pelajar
  • Modul pembelajaran digital & silibus hafazan
  • Complete Student Learning Kit
  • Aktiviti tahunan online
  • Infrastruktur digital
  • Orientasi, dokumentasi & pengurusan pelajar baharu
BAYARAN BULAN PERTAMA RM2,600 Anak ke-2 & seterusnya: RM2,400

⭐ ELITE

PROGRAM SEPARUH MASA
Yuran Bulanan
RM500
sebulan
Yuran Pendaftaran
RM400

Yuran Merangkumi:

  • Pengajaran guru Al-Quran & hafazan
  • Talaqqi individu & semakan hafazan
  • Platform pembelajaran digital
  • Modul pembelajaran & bahan akademik digital
  • Pemantauan prestasi pelajar & laporan hafazan
  • Pengurusan akademik & sokongan pelajar
BAYARAN BULAN PERTAMA RM900

Program Mana Yang Sesuai Untuk Anak Anda?

Pasukan Tahfiz Online AKMAL akan membantu anda memilih program yang sesuai berdasarkan tahap, masa dan sasaran hafazan anak.

Semak Kelayakan Anak Saya →
akademi tahfiz online
Membina Generasi Huffaz Profisional Di Bidangnya, Murabbi Di Zamannya

MEDIUM PEMBELAJARAN

Dengan medium pembelajaran secara ONLINE, anda boleh belajar di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan menggunakan pelbagai gajet seperti komputer/laptop, tablet. Apa yang penting wajib memilih lokasi yang mampu memberi penumpuan yang tinggi.

PERSIAPAN TEKNIKAL IBUBAPA

Image Sources : AKMAL – Akademi Al-Quran Amalillah 

Untuk detail yang lebih lanjut boleh hubungi no : 011-1987 4963 (ADMIN AKMAL)